Thursday, May 4, 2017

Nak design RESUME? logo? banner? name card? website?

To those yang nak design resume kemas, cantik and lengkap. Nak buat logo cantik dan bertetapan dengan kehendak. Nak banner stylish or formal. Nak design name card lawa-lawa dan teratur. Nak create website high quality mengikut citarasa tersendiri. Mohon emailkan saja apa yang anda mahu. Kami akan tolong buat yang terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga paling paling paling jimat. Seriously, murah sangat.

Nak cipta resume style tapi nak kemas and lengkap untuk tarik perhatian HR, mestilahhhh boleh tolong. Just bagi maklumat and gambar, kami akan edit terbaik. Siap boleh pilih template lagi tau. Boleh pilih berapa design? 1 je ke? TAK! Boleh pilih 2 design template dengan 1 harga sahaja. Resume ni satu tunggak penting untuk dapat kerja tau.

Ada business tapi tak pandai nak cipta logo or banner? Ada idea dalam kepala tapi tak kreatif? Punnnn kami boleh tolong. Cerita idea, bagi nama company, apa nak tulis. Kami bantu buat sampai anda puas hati. :D

Nak buat design name card cun-cun? Boleh pilih template mana yang berkenan di hati. Banyak template lawa-lawa tauuuu. Rugi kalau tak grab satu. Just bagi information, kami akan design semua ikut kemahuan. Don't worry.

Nak kembangkan business dengan website? Mestilahhhh boleh. Nak cipta website ikut kemahuan dengan harga berpatutan. Yup, boleh. Siap boleh guide lagi tau. Harga pun berpatutan sangat-sangat. Nak tengok sendiri? Nak bincang sendiri dengan big bos bab harga? Bolehhhhh klik link kat bawah ni.

Semua servis di atas boleh klik DESIGN atau emailkan ke hamsani7@gmail.com atau PM saya sendiri di SINI.

Terima kasih! :D

Sunday, April 16, 2017

Permulaan Karier Sebagai HR

06.02.2017 bermula karier aku sebagai HR. Memang bertetapan dengan major aku masa belajar di universiti dulu. Jujur aku cakap, tak mudah nak dapat kerja. Tak mudah tapi kena sabar. Rezeki Allah nak bagi luas, cepat atau lambat je. Bagi situasi aku, macam sangat jugak nak dapat kerja tetap. 25.05.2015 konvo, 2016 kerja admin assistant kontrak kat Perodua, 2017 dapat kerja HR. So, yang rasa dah hampir setahun konvo belum dapat kerja, SABAR. 

Ada beberapa kawan DM tanya dapat kerja melalui mana? Jobstreet? Email? Walk In? 

Aku dapat kerja ni melalui Jobstreet & email. Macam mana tu? Aku cari kerja melalui Jobstreet, survey company okay ke tak, tempat kerja selesa or tak (ni aku lah, tak semua orang kisah), skop kerja, then google apa yang perlu. Aku cari je semua maklumat tentang kilang dalam google then jumpa website dia. Aku download borang permohonan, isi then scan semula and emailkan ke company berkenaan. Dah settle email, aku apply pula melalui jobstreet.

Haa!  masa email tu make sure buat mukadimah sikit, tulis kenapa kita berminat nak kerja dengan company tu. Tulis adakah "experience" atau "course" kat universiti tu yang membuatkan kita kuat atau berminat kerja di situ. Tulis expected salary (penting) tapi make sure jangan melampau-lampau. Biar humble je, dalam RM2000 or RM2500 tu macam okay. Tulis terima kasih jangan lupa! Biar kita nampak rendah diri sikit takpe, jangan riak takbur sangat.

Lastly, selalu lah check email. Dari pengalaman aku... ada 2 ke 3 interview yang aku tak pergi sebab tak check email and tak tahu apa-apa. Ada sesetengah company reply melalui email. Macam company yang aku kerja ni, diaorang call terus. Masa aku apply kerja hari tu, bos sendiri call sebab dia kata dia excited baca email aku. Lengkap and kemas katanya. Katanyaaaa, bukan aku yang kata okay? Apa yang aku tulis? Baca point kat atas and buat ayat sendiri. Tips penting, kalau apply company or kilang, tulis menggunakan bahasa inggeris lebih baik. Sekian.

-akuyangdulubukanlahyangsekarang-

Saturday, October 31, 2015

Resipi: Makaroni Ringkas Spicy Sweet Sour

Hari ni tetiba mood rajin nak kongsi masakan sendiri yang mudah, cepat, ringkas dan sedap. Bahan-bahan yang digunakan semestinya tak guna modal yang banyak. Aku masak selalu benda ringkas je. Jadi anak-anak bujang yang sewa rumah, nak jimat and simple boleh lah cuba resipi ni. Takda kuantiti sebab aku rasa kena agak-agak je berapa orang nak makan. Kalau family, boleh add on bahan-bahan lebih sikit.



Bahan-bahan:-
Makaroni 
Minyak zaiton 
Perencah bihun goreng adabi
Sos cili
Kicap
Cili padi
Cendawan 
Sawi
Carrot
Blackpepper

Cara-cara:-
Potong cendawan, cilipadi, carrot and sawi sikit. Tu je. Letak tepi dulu.
Rebus makaroni. Toskan.
Masukkan satu sudu kecil minyak zaiton dalam kuali, masukkan perencah bihun adabi.
Kacau dengan sedikit sos cili, kicap dan blackpepper.
Masukkan carrot dan cili padi. Kacau lagi.
Then masukkan cendawan dan sawi dalam 3 saat terus masukkan makaroni.
Gaul je semua.
Settle.

Senang kan?
Selamat mencuba #resipibyrian

Saturday, October 3, 2015

Review: Butae Super Oil Control Powder

Bedak Butae sekarang ni makin famous rasanya. Rata-rata nampak ada je instashop atau facebook yang jual bedak ni. Kalau sebelum ni aku guna bedak Miyami dan Avon je, tapi sekarang semestinya aku akan memilih bedak Butae pada ranking tertinggi. Maknanya di sini, bagi aku Bedak Butae ni sangat sangat sangat best dan berkesan. Sebelum ni aku jarang nak pakai bedak yang tak pernah dengar. Bila baca pasal bedak Butae ni ada oil control and muka aku sangat cepat berminyak kalau keluar mana-mana especially cuaca panas. Minyak sampai berkilat lah senang cerita.

One day, aku rasa nak cuba bedak Butae yang semua orang cakap best tu. Best cemana kan? Aku pun beli tiga untuk mama and kakak sekali. Sampai je, aku terus buka and tahu tak, bau bedak Butae ni wangi yang amat! First impression dah buat aku rasa seronok. Jarang jumpa bedak compact wangi cemni sebab selalunya biasa je bau. The next day, aku nak meronda Sp (balik cuti), semangat gilaaa first time nak pakai bedak Butae. Okay, aku admit memang bedak ni the best! Seharian keluar pun muka tak berminyak dan bedak langsung tak bercapuk. Maintain je. Tu baru sapu sikit sebab sayang nak pakai banyak-banyak.

Maka, disebabkan bedak Butae ni betul-betul oil control, aku suggest kepada yang muka cepat berminyak macam aku, boleh cuba dan tengok hasil cemana. Confirm puas hati. Apply sikit pun dan nampak elok, kalau pakai foundation dulu and then apply bedak ni mesti lagi cantik. Untuk yang tak biasa pakai foundation pun takpa, pakai bedak terus pun dah elok. Kiranya apa aku boleh cakap, walaupun harga dia murah tapi setanding kualiti bedak yang mahal. Aku ni susah nak pakai bedak lain sebab akan naik jerawat tapi syukur alhamdulillah bedak Butae ni sesuai dengan kulit sekaligus rawat kulit. Takda minyak, takda jerawat. Jerawat tumbuh kalau muka terlampau berminyak. Jadi, aku syorkan sangat, cubalah bedak Butae ni. Mesti rasa puas hati.

Haaaaa, lagi satu aku suka bedak Butae ni sebab packaging dia comel je. Kecil and senang muat dalam beg tangan, beg mekap and poket. Tak makan space! Haha. Kalau benda comel-comel ni memang suka sangat. Senang! Kat bekas dah ada cermin siap-siap. See, walaupun kecil tapi lengkap. Jadi untuk bedak Butae ni, boleh bagi lima bintang. Aku tak nak sembang banyak sebab ni hanyalah review berdasarkan pengalaman. Kalau ada yang berminat nak cuba, boleh je dapatkan kat memana kedai atau beli online je. Sekian :)

p/s: gambar hakmilik, mohon jangan ambil ye ;)

Tuesday, September 29, 2015

Cerita Siang Tadi

Saja aku rasa nak simple hari ni. Singgah Tesco Stargate minum coctail special. Tudung rembat celah-celah almari. Tak iron pun lilit je without any pin. Takda tutorial sebab lilit tak tengok cermin. Muka pulak aku tempek make up base, and krim siang. Tu je. Sempoi lah kononnya sebab aku sangka tak singgah mana pun. Tapi syukur alhamdulillah sebab jerawat kecil-kecil kat muka aku hari tu dah mula surut.

Tips hilangkan jerawat halus atau ruam.

Tak perlu pun Calamine Lotion sebenarnya. Aku dah terbeli hari tu tapi tak berkesan pun kalau sapu kat muka. Untuk baby boleh kot, baby tua macam aku ni memang tak menjadi langsung. Aku pakai je pencuci muka safi balqis white trilogy tu. Dah hilang sikit-sikit aku selang seli pakai dengan nano white fresh sebab nak cerahkan. Nano white fresh tu memang bagi pencerahan kulit dengan cepat. Next, aku sapu je krim siang. Ni untuk tips lenggang kangkung kat rumah.

Kalau nak keluar mana-mana, sapu je krim siang dulu. Pakai foundation (aku pakai Gina Glam atau Supracolor Kryolan) then tempek bedak Butae kalau tak mau muka berminyak. Next entry aku update review bedak Butae sebagai pengguna setia okay. Krim siang aku jenis apa? Ada dua jenis. HAHA. Satu, aku pakai eskinol japan day cream (ni pakai time keluar sebab boleh rawat muka and langsung tak berminyak) kalau kat rumah aku pakai face cream untuk rawat kulit. Alhamdulillah so far takda masalah macam dulu dah. Aku pun tak sure sebenarnya sebab apa jerawat kecil tu selalu hadir tatkala aku nak pegi apa-apa event. Mungkin sama ada dari segi pemakanan, produk kecantikan atau angin aku yang kejap betul kejap tak betul. Entah. -.-"

Tunggu next entry aku update pasal Bedak Butae Super Oil Control. *Baca setiap bait-bait kata yang aku taip nanti ya? Sebab apa yang aku taip, dengan seikhlas hati. Iklan tak berbayar pun.

Monday, September 7, 2015

Skincare Berpatutan Terbaik!

Haaaa tajuk macam menarik kan? Tapi entry takdalah menarik pun. Aku ni macam biasalah berleter memanjang tu dah macam satu kewajipan. Bila bercakap pasal skincare, actually dah banyak jenis aku cuba. BANYAK. Bukan sepuluh tapi berpuluh-puluh sejak tingkatan dua. See, tingkatan dua pun dah tergedik-gedik nak guna skincare padahal masa tu kulit takda lah buruk mana pun cuma sunburn je sebab kena paksa kawad rumah sukan. Cis. Benci tau.

Ada skincare yang okay, ada yang tak okay, ada yang sangat tidak okay dan ada yang the best. Muka aku pun tak licin langsung jadi malas lah aku nak nasihat orang apa boleh pakai, apa tak boleh pakai sebab kulit manusia ni lain-lain. Ada orang sesuai, ada orang tak okay. Kan? Ni aku just cerita serba sedikit berdasarkan pengalaman aku. Sekali lagi aku tekankan, kulit manusia tak sama. Jadi, apa aku tulis tidak seratus peratus betul. Okay?

First.
Untuk usia remaja (sekolah menengah) aku syorkan pakai Fair and Lovely atau Garnier yang warna kuning tu. Tak payah la adik-adik nak pakai skincare yang mahal gedebuk gedebak minta duit mak ayah sampai beratus-ratus. Masa ni muka bukan banyak jerawat sangat kot. Takat hitam sebab sunburn perhimpunan atau kawad tu biasalah. Hitam hitam manis. Okay apa? Not bad pun. Kalau dah ada boyfriend zaman sekolah ni pun dia terima punya. Selalunya cinta zaman sekolah ni cinta buta. Takda problem lah.

Second.
Dah dewasa (18 tahun ke atas) time ni boleh la cuba macam-macam sikit. HEHE *gelak sinis* Sejujurnya bila masuk universiti, macam-macam produk aku cuba sejak ada duit PTPTN. -.-" Aku cuba Simply Siti warna hijau (tak menjadi), SKINZ (tak menjadi), Nour Ain (boleh tahan menjadi), Nano White (boleh tahan menjadi), Garnier (zaman muda-muda menjadi, now kurang), Clearskin Avon (muka jadi kering sangatttt), Nano White Fresh (kalau nak kulit cerah, sangat bagus), Good Virtues.Co (Produk terbaru, tapi untuk kulit aku, tak menjadi).... Blablabla *kalau nak list-kan sampai esok pun tak habis*

Third.
Jadi nak tau produk apa terbaik?
Safi Balqis. Tak kisah apa sahaja jenis produk keluaran Safi, sangatlah terbaik especially Safi Balqis White Trilogy. Tak pernah la aku pakai skincare dalam tempoh masa yang lama sebab aku suka sangat tukar. Tapi Safi Balqis White Trilogy adalah salah satu skincare yang aku pakai lama. Lama sangat. Segala macam benda aku pakai kekadang tak luak langsung pun. Baru pakai dua tiga kali dah rosak muka. Stop terus, tukar yang lain pulak. Pakai tak menjadi, tukar lagi.

But now, sebab usia aku pun dah meningkat, aku pakai Skincare Nutox. Memang sesuai sangat dengan kulit. Tak pakai satu set pun. Cuma mula-mula guna pencuci muka and toner. Dah agak macam okay, baru beli serum. So far, memang rasa macam okay. Parut jerawat pun dah kurang. Kalau naik jerawat time datang bulan tu, mohon jangan salahkan produk lah weh. Tu masalah hormon sendiri yang tak stabil. Jadi, aku suggestkan bagi usia 24 ke atas, boleh la berjinak-jinak cuba Nutox kalau nak awet muda selalu. Hehe :D

Akhir sekali, cubalah untuk setia. Peringatan ini bukan untuk orang lain sahaja tapi untuk diri sendiri juga. Aku dah serik tukar-tukar produk sebenarnya tapi dah namanya hobi, pelan-pelan kena berubah. Kesimpulannya di sini, skincare yang berpatutan dan bagus semestinya Safi Balqis White Trilogy dan Nano White Fresh. Dah agak berusia tu, Nutox memang terbaik. Ada idea lain? Boleh kongsi atau private message di facebook Rian Azianti. Terima kasih.

Saturday, July 25, 2015

14 July 2015

Syukur alhamdulillah.
Genap usia aku 23 tahun. Orang tanya seronok tak semakin tua? Ke seronok masa muda? Bagi aku, lagi tua lagi seronok sebab lagi rasa macam boleh kahwin cepat. Gila punya gatal kan. Kerja pun belum. Aduh, aku harap sangat tahun ni last year aku menganggur, serious bosan weh. Memang la nampak seronok goyang kaki kat rumah tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. Perasaan ni macam meronta-ronta je nak kerja. Boring.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat mama abah yang lahirkan dan besarkan aku sampai sebesar ni, kakak yang menjadi sumber kewangan aku tatkala menjadi penganggur sepenuh masa dan kekasih hati yang tak pernah bosan melayan kerenah aku sepanjang perkenalan ini. Terima kasih banyak-banyak untuk hadiah dari mama abah kakak dan kekasih. Tak lupa juga kepada saudara-mara yang lain and kengkawan yang tak lupa wish birthday kat facebook, whatsapp dan sebagainya. Thanks atas doa-doa kalian *mengalir air mata*

Untuk diri aku sendiri, aku doakan semoga panjangkan umur aku dan orang-orang yang aku sayang, dimurahkan rezeki, dapat kerja, cepat kurus dan slim macam model, cepat kahwin, semakin cantik, cun, comel dan menawan. In shaa Allah aamin... Semoga kita jumpa lagi di next entry. Doakan juga aku rajin menaip ya. Terima kasih sebab keep support even blog ni kekadang macam rumah usang yang seekers terjah tu. Lama sangat tinggal. Hehe. Okay bye.

Terima kasih mama abah kakak bagi duit birthday + + kad birthday + duit raya. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih kekasih hadiahkan saya jersey ada nama and pashmina + kad birthday + belanja makan. Alhamdulillah.

Thanks!!!