Tuesday, May 26, 2015

Officially Graduate (Alumni UiTM Perlis)

Alhamdulillah. Syukur.

Akhirnya secara rasmi menjadi Alumni UiTM Perlis. Syukur, tiga tahun berada di UiTM Perlis memang banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Pahit manis sepanjang tempoh pengajian adalah satu pengalaman yang sangat bermakna. Dari asasi UiTM Merbok terus fast track ke Ijazah UiTM Perlis. Takda diploma dengan harapan redha and please jangan kantoi!


Apa-apa pun, dengan tahap kemalasan yang aku ada especially nak kena seterika baju malam-malam sebab esok ada kelas awal pagi, assignment buat last minute, kelas pun merangkak nak pergi, kalau hari hujan fikir seratus kali nak mandi ke tak pagi tu, jodoh takde kat kampus tapi kat universiti lain, ada lecturer yang maki ikut sedap mulut dia tapi kita tetap kena hormat dan macam-macam lagi... syukur aku dah lepas semua tu. Bagi aku, UiTM Perlis ni one of the best UiTM sebab persekitaran yang best dan selesa. Tak besar tak kecik. Kiranya kalau naik kereta jimat minyak, jalan kaki tak berapa semput. Gitteww.
Banyak benda kalau ikutkan nak dicerita tapi tak apalah, aku ringkaskan sahaja entry konvo aku ni dengan ucapan infiniti terima kasih buat keluarga tercinta, mama abah and kakak yang tak pernah berhenti sokong aku dari awal aku jejak kaki di sini sampai sekarang. Setiap hari mama call kejut pagi-pagi sepanjang tiga tahun aku berjauhan di sini. Dia takut aku tak pergi kelas pagi. HAHA. Setiap malam dia akan call wish good night dan make sure aku dalam rumah and tidur. Kalau aku keluar memane, cukup pukul 10 malam terus telefon berdering "Bila nak balik? balik cepat sikit dan jangan sampai lewat malam. Nanti sampai rumah call mama. Tak baik keluar lewat malam. Perempuan" *macam ni la rutin hidup di perantauan* Apa-apa pun, thank youuu so much mama abah kakak sebab datang teman my convocation day and to my sister yang ambil cuti datang dan korbankan duit yang banyak untuk gambar-gambar dan bunga. I love you all.

Seterusnya, ribuan terima kasih buat para pensyarah yang selalu sokong especially my supervisor Madam Yong yang sangat supportive orangnya. Whatsapp je pukul berapa pun tanya thesis, dia akan jawab. Dialah rakan, dialah sahabat dan dialah pensyarah terbaik. Tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya Madam Pah yang sangat teliti dan ketelitian beliau membawa saya ke tahap ini. Berpuluh-puluh kali sehari saya call nak tanya pasal SPSS dab beliau lah orang yang sabar mengajar saya sampai saya rasa macam "SPSS? pejam mata je" hahahaha! Kepada Sir Fazly yang selalu buat lawak dalam kelas, kuat merajuk dan lecturer yang memahami masalah pelajarnya, terima kasih. To my beloved lecturer Prof Mahmood, terima kasih prof yang paling baik dalam dunia. Prof pernah merajuk sekali je sebab Prof masuk awal and takda orang dalam kelas. Serious masa tu sedih sangat sebab prof terluka sedangkan prof sangat baik dengan kami. Di kesempatan ni nak minta maaf juga even saya selalu datang awal sebab saya sayang prof. Terima kasih. Untuk pensyarah-pensyarah lain, terima kasih banyak-banyak untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang dicurankan. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian. Saya sayang kalian.

Akhir kata, terima kasih untuk UiTM Perlis tercinta. Sesungguhnya UiTM dihatiku sampai bila-bila. Terima kasih hadiahkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia. In shaa Allah, ada rezeki jumpa lagi. To my adik-adik junior, good luck untuk final semester, do your best sebab konvokesyen ni seronok sebenarnya. Rasa diraikan, rasa penat lelah berbaloi, rasa macam berjaya *even result tak berapa best* Nevermind, as long as naik pentas, it means you're the best person untuk teruskan generasi masa hadapan. Cewahhh, ayat entah pape dah.

Thank you family especially mama abah kakak,  pensyarah-pensyarah dan yang paling penting UiTM :D I love youuuuuuuuuuuuu youuuuuu youuuuuuu *bergema sebab kekonon jerit atas gunung* Anyone yang nak bagi kerja? For seriously, I need it. Thank you so much kalau ada, may Allah bless you. Hehe :) People out there, wish me all the best for my future okay. Doakan aku dapat kerja cecepat lepas tu aku belanja makan okay. Bye.

No comments:

Post a Comment