Friday, February 13, 2015

Done My BBA (Hons) Human Resource Management


BBA (Hons) Human Resource Management.
Status: Completed.

Alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah berjaya selesaikan degree untuk tiga tahun yang sangat membosankan. Terima kasih Allah, terima kasih mama abah kakak, terima kasih para pensyarah, kekasih dan lain-lain yang tak pernah berhenti bagi support. Even dulu aku tak pernah imagine pun dapat masuk universiti weh. Teruk kan? Aku bukan pernah ada impian macam orang lain sebab aku tahu, aku selau sedar aku tak pandai. Dalam kelas form one sampai form five pun asyik terpeleot sana sini, masakan di alam universiti. Masa nak apply mula-mula tu, berlagak jugalah aku. Nak buat asasi sebab nak cepat, lepas tu nak hebat. Aku kekonon macam "tak nak diploma, nak cepat masuk degree and habiskan dalam usia muda" Errr *tak ukur baju badan sendiri*

Alhamdulillah berkat doa mama abah pilihan pertama aku dapat! Asasi undang-undang di UiTM Merbok. Masa tu aku first time nak berpisah dengan family, memang nak yang paling dekat cepat dan tangkas. Tapi masa orentasi tu puas jugalah aku menangis malam-malam rindu mama. Huwaaaa. Orentasi pula kan. Bayang je la macam mana. Tidur tak cukup, makan tak kenyang, mandi ala-ala kadar memang seksa. Aku rasa macam nak je cepat-cepat habis orentasi nak balik rumah. Lepas tu habis je orentasi, aku pun fiunggggg balik rumah. Maka sejak hari tu, bermulalah cerita aku "abah, sat gi adik habis kelas pukul 5, mai ambil nah", "abah, kelas sampai tengah hari ja, mai ambil nah" and sampai laaa setahun setengah, jarang gila muka aku nak ada kat kolej.

Habis asasi 3 semester, aku apply pula untuk degree. Gila kau tak sambung degree! So, aku mengaku... memang malas takyah cakap la nak sambung degree. Tapi kali ni kekonon berdikari, aku dah tak mau kat UiTM Merbok... aku nak jauh sikit. Nak hidup atas kaki sendiri. Cewahhh. Aku apply Business Administration (Human Resource Management) sebab aku lebih suka deal dengan manusia. Gitteww. Kalau manusia tak faham bahasa je aku tak suka. Time ni ada dua tempat, Arau Perlis and Puncak Alam, Selangor. Salah satu ni.. mana aku dapat aku pergi. Mama abah time tu macam bising juga suruh apply dekat but.... *rasa derhaka kejap*

Akhirnya surat tawaran aku terima di UiTM Arau, Perlis. Errr! Bukan yang aku hajati sebab last aku pergi Perlis masa umur enam or tujuh tahun melawat Gua Kelam. Aku macam tak boleh imagine pun jalan nak pi situ. Wahhhh *sumpah jalan ke Puncak Alam lagi aku tak tahu* Hee. Orang pertama yang bawa aku mama and abah jalan ke Perlis ialah paksu tercinta, Paksu Azhar. Aku mention nama dia sebab dia adalah orang yang paling banyak tolong aku and family tanpa berkira penat lelah. Semoga Allah mampu balas jasamu. :)

Maka sejak dari aku menerima lamaran UiTM Perlis, of course aku kena berpindah duduk dengan UiTM Perlis. Macam orang kawen pindah duk rumah somi. Gittew laaa, cuma UiTM tak sediakan kolej mahupun tempat tinggal untuk aku. Time ni sengsara sikit nak duduk rumah sewa untuk pertama kali. Susah. Banyak kawan banyak kerenah. Tak semua aku kenal dan aku mengaku, tak semua aku mampu kenal untuk tiga tahun ini. I'm sorry.

Untuk semester ke-dua, aku dihadiahkan kereta sebab aku selalu cerita betapa stressnya hidup naik bas. Itu aku. Mungkin sebab di bangku sekolah darjah satu sampai tingkatan lima, hanya mama abah jemput pergi balik dari sekolah. Sebelum dapat kereta, setiap minggu aku berusaha nak balik. Kekadang lepas kokurikulum aku bergegas ke stesen kereta api semata-mata nak balik. Kekadang mama abah mai jemput. Kekadang aku ke Kangar naik bas turun Shahab Perdana tukar bas ke Sungai Petani sebab bas dari Kangar ke Sp memang tak wujud. That's why aku prefer naik kereta api.

Bila dah ada kereta, mula-mula tu mama and aku naik satu kereta, abah bawa kereta lain, sama-sama konvoi dari belakang. Nampak tak penat lelah ibu risaukan anak? Aku selalu cakap aku mampu drive kereta sengsorang tapi mama abah tak yakin. Mama abah tetap naik kereta asing temankan aku. Ada juga kekadang mama abah aku naik satu kereta, then aku hantar mama abah ke stesen kereta api untuk balik Sp. Mama selalu pesan "mama belikan kereta bukan untuk jalan-jalan, tapi untuk pergi balik kelas ja. Tak dibernarkan meronda mana-mana" Haaaa, see.. Ya Allah, besarnya jasa dan pengorbanan mereka. Mampu ka aku balas semua ni... Sedih pula bila kenang kembali...

Alhamdulillah dah lama-lama aku diberi kepercayaan sebab selalu je aku ulang ayat yang sama "adik mampu balik sengsorang" and one day aku buktikan, aku balik je sengsorang. Hihihi. Keras kepala kan? Memang aku susah sikit nak ubah sikap tu. Disebabkan keras kepala tu la, sejak hari itu sampai sekarang aku cekap la jugak jalan kat Perlis and boleh dikatakan sebulan dua kali aku mesti ulang alik Perlis sengsorang. Kalau cakap tempat kat Perlis, boleh la aku bawa pergi selagi tak melepasi Beseri tuuuuu. In shaa Allah.

Banyak gila kalau nak dicerita. Tiga tahun yang paling membosankan, paling bahagia, paling mencabar dan sebagainya. Sehingga ke pecutan terakhir, aku masih tertanya "kenapa aku di sini?" Apa-apa pun, aku nak bagitau terus terang... kalau ada adik-adik lepas ni dapat UiTM Arau Perlis, it is not bad. It is not kampung. It is not "wah, Perlis pun ada ni?" Tolonglaa, orang yang anggap Perlis kampung is the one yang ketinggalan sebenarnya. Perlis dah maju, sama macam negeri lain. Sepanjang tiga tahun, ada McD, Blackwood, Subway, KFC, Pizza Hut, Ayamas and so on. Semua ada, wayang?? Kau tanya wayang??? Kau nak belajar ke tengok wayang?? -.-"

Nak belajar tu mudah. Nak faham tu susah. Nak hidup tu mudah. Nak selesa tu susah. Nak segulung ijazah tu mudah. Nak dapatkan segulung ijazah tu susah. Aku cakap terus terang, susah. Banyak yang perlu tempuh, bukan pergi kelas enjoy enjoy keluar lepak cukup tiga tahun dapat ijazah. Bukan.... Jadi, belajar rajin-rajin. Jangan jadi macam aku okay. Sedih je dapat result tak gempak macam orang lain. Nasib baik aku jenis pegang konsep redha jee... Alhamdulillah keluarga pun memahami. Hehe. Syukurlah... In shaa Allah nanti ada rezeki, bulan lima aku upload gambar konvo okay. Bye semua! Terima kasih.

-Freeeeeedom-

3 comments:

  1. Salam.boleh thu tak course ni more to menghafal or mengira?

    ReplyDelete
  2. Mostly untuk hr ni more to menghafal and mengira ni more to basic . Banyak theory which is kna banyak hafal and faham

    ReplyDelete
  3. Si, dlm ini ade math atau account?

    ReplyDelete