Monday, May 4, 2020

My Braces Journey

Assalamualaikum,

Dah lama tak bersiaran rasanya. Mungkin dah bertahun-tahun lamanya. Lagi 4 hari aku akan dinobatkan sebagai gadis gigi besi. Perasaan bercampur-baur. Takut tapi excited. Sebenarnya dah lama teringin nak pakai tapi tak dapat kekuatan diri sepenuhnya lagi. Alhamdulillah sekarang dah rasa macam nak mulakan hidup baru sebagai gadis gigi besi pulak. Maigod.

Nak cerita perjalanan sepenuhnya tak boleh lagi sebab baru lalui 2 fasa (which is 2 kali pergi klinik). Belum sampai fasa terakhir lagi... Cumanya untuk entry kali ni, nak kongsi 2 phase yang dilalui untuk proses pasang braces ni.

Nota: Rate kesakitan 0-10 (0 bermaksud takda rasa apa and 10 adalah tahap paling sakit nak mampos)

Fasa 1- Consultation & Acuan Gigi
- First step kena buat appointment dulu dengan klinik pergigian (lepas dah survey yang mana okay) Then dapatkan consultation dengan doktor. Waktu ni doktor akan check gigi kita (jongang ke tidak) hahaha. Kos berapa, gigi mana nak kena cabut/tak cabut, prosesnya semua akan diberitahu waktu ni. Kalau setuju, cakap setuju. Jangan ada perasaan waswas tau! Confident level kena tinggi sikit. Nak cantik kan? Lepas dah setuju, doktor akan buatkan acuan gigi pakai simen jenis apa entah. Masa buat acuan ni, kena tahan sikit laa.. Doktor akan cakap "bernafas pakai hidung" sebab masa ni mulut kena nganga seluas yang mungkin. Tips kalau rasa nak muntah, gerak-gerakan kaki kiri kanan. Acuan ni untuk gigi atas bawah (in case pakai braces atas bawah). Takde lah teruk mana pun... Rating 0.5/10.. Kira ok la. Tak teruk pun. Time ni buat payment untuk acuan gigi je ok RM200 dan dapat date untuk appointment ke 2.

Fasa 2- Scaling Gigi & Separator
- Untuk step ke 2, which is seminggu lepas buat acuan, doktor akan scaling gigi untuk buang segala karang-karang gigi yang menggunung tu dan pasang separator. Aku cerita bab scaling gigi dulu ok. Bagi pendapat aku lah kan (personal opinion), scaling gigi langsung tak sakit tapi berdarah. Bila kumur je macam ehhhhh? dari mana datangnya darah tapi langsung tak rasa sakit. Rasa puas hati sebab semua kekotoran kat gigi tu keluar. Baru clean and clearrr. Rate kesakitan 0/10 (serius memang tak sakit)
- Lepas scaling gigi, doktor akan pasang separator antara gigi geraham yang rapat untuk dapatkan ruang. Haaaa part ni.. hahahaha. Separator ni just getah je sebenarnya. Aku punya warna biru.. Mostly warna biru tapi aku pernah je nampak dalam google image orang pakai warna kuning. Entahla. Masa pasang ni, takda lah sakit sangat. Doktor gunakan floss (benang) tu masukkan getah ke dalam tu and masukkan pulak di celah gigi. Kalau Pakai braces atas bawah, total separator akan ada 8. Berbalik kepada cerita masa pasang, sakitnya macam okayyy. Tak sakit pun cuma bole nampak kat floss putih tu sampai merah sebab darah. Huuuuu. Rate kesakitan 1/10. Takda lah sampai tahap 'tak rasa apa'. So tahan jelahhh. Nak cantik kan?

Bila dah masuk ke lapan-lapan getah tu, maka siaplah proses fasa ke 2. Ko boleh keluar dari bilik tu and sembang dengan jayanya tanpa kesakitan. Rate sakit lepas keluar dari bilik doktor ialah 0/10. TAK SAKIT langsung. So untuk phase kedua ni, kena buat payment untuk scaling gigi je RM60 dan dapat new date untuk pasang fixed braces pulak. Separator ni kena pakai seminggu je.

Genap aku tulis entry ni adalah masuk hari ke 3, rate kesakitan aku tahap 3/10 dan kesimpulannya agak sakit tapi sakit yang boleh tahan cuma malas nak bercakap dengan sesiapa. Mungkin sebab kes ni juga aku rajinkan diri update blog kot. Disebabkan sekarang bulan puasa, jadinya dah 3 hari juga aku buka puasa makan bubur. Memang tak boleh gigit apa-apa. Kalau malam, rasanya sakit sangat.. maka aku telan je panadol sebelum tidur. Nak order roti john ke john abraham ke john legend ke semua tak boleh makan. Sakit. Kiranya sekarang ni tahap boleh suap dan telan sahaja. Sedih. Nak cantik kan? Tips kalau sakit sangat, urut-urut pipi/ bibir atas. Tu je mampu kauuuu.

Jadinya ada lagi 4 hari aku nak kena hadap getah ni. Doktor cakap kalau tercabut, kena buat emergency appointment and pasang balik. FOC je. Tapi seboleh-bolehnya jaga je lah. Takyah pergi dua tiga kali. Lecehhhh. Tahan je la kejap bab-bab makan tu. Kawal nafsu dulu. Nanti dah boleh makan sedap-sedap baru hentammm. Hahaha. Sekian lah. Sakit gigi ni. Bye.

No comments:

Post a Comment