Saturday, January 3, 2015

Tips Thesis

Tajuk: Factors That Contribute To Organizational Commitment Among Employees In Pejabat Tanah Kuala Muda.

Bunyi macam mudah. Ye dak? Nampak macam senang. Kan? Sebut macam ringkas. Huh? Tapi sejujurnya ia bukanlah semudah, se-senang atau seringkas seperti yang digambarkan dalam fikiran semorang. Dari first step nak kenal hati budi journal ni pun aku mula rasa macam luka ringan je, tapi bila dah buat and mendalami baru tahu, memang agak parah tahap masuk ICU juga lah. Anyway, mai nak cerita sedikit perjalanan menyiapkan thesis ni buat tatapan adik-adik yang bakal menjalankan projek menyiapkan thesis tidak lama lagi. Ewahhh.

First of all, aku ada beberapa tips nak kongsi. Tips ni sememangnya tidak ambil sedikit pun dari mr. google dan sebagainya. Ianya adalah hasil titik peluh perah otak serta pengalaman yang telah pun digunapakai sebelum ni. Perghhh. So, kalau rasa macam berguna, maka gunakanlah. Kalau rasa macam tak berguna, maka tak bergunalah. Bergantung pada individu itu sendiri. Aku tak nak paksa suruh "kau kena ikuttt!!"

1. Pilih tajuk mudah and simple.
Ada sesetengah makhluk ciptaan tuhan lebih suka nak nampak vogue. Tak nak pilih tajuk ringkas kekonon macam "simple sangat, tak menarik" YES! Memang la mula-mula semorang rasa macam nak buat thesis paling hebat di dunia, tapi setelah membuat.... maka kau akan merasai betapa thesis ini mampu membunuh secara perlahan-lahan. Kalau taraf degree macam aku, pilih yang simple and mudah faham je. Senang. Nak yang tajuk hebat-hebat, simpan masa sambung PhD nanti. Percayalah.

2. Dengar nasihat tapi jangan guna semua nasihat.
Haaaaa, kalau masa proses nak siapkan thesis ni.. of course kena jumpa lecturer berulang-ulang kali nak dapatkan khidmat nasihat. Sejujurnya bagi aku, tak semua nasihat tu wajib digunapakai. Maybe hukumnya cuma harus. YES! Kalau pakai semua confirm kau akan nganga depan laptop tak tau nak tulis apa. Ingat pesan ni, kalau untuk degree TAK PERLU nak buat mediating la apa la. Sometimes lecturer akan minta kita buat yang tu sebab kes macam kat atas, nak bagi thesis jadi vogue. Itu semua taraf lebih tinggi. Susah. Serius susah. Aku tak tipu weh. Tambah-tambah bahagian nak masukkan data, sangat susah and sakit kepala. Buat yang ringkas saja, bagitau "Dr, Sir, Madam, maaf.. I can't do it.." Gituuuu *ayat drama sikit*

3. Jangan tergesa-gesa.
Nak buat thesis tu tak perlu la berlumba atau tergesa-gesa contohnya call kawan "hangpa chapter berapa dah? kami baru satu" then bila kawan jawab "empat" kalian macam "ohhmaiii kena buat bagi siap chapter empat juga hari ni" Grrrr. Tak perlu. Relax je. Kalau thesis tu individual. lagilah mohon sejuta kali ganda relax. Thesis ni memerlukan kesabaran dan masa yang panjang. Kena study tajuk dulu bagi faham and study borang soal selidik dan paling utama sekali study result. Kalau guna spss and tak faham cara nak baca result, boleh bertanya pada yang pakar *tiup kiri kanan bahu.

4. Save banyak tempat.
INGAT. Paling penting adalah save thesis kat banyak tempat. Lepas buat je automatik tangan kena klik button "save as" Kalau seboleh-bolehnya create lah satu akaun "dropbox" Pergi google, cari dropbox and buat satu akaun persendirian untuk simpan segala mak nenek thesis dalam tu. At least, kalau hilang atau lupa pun, buka dropbox tup tup tup dah ada. Sekarang zaman IT weh, macam-macam boleh buat. Jangan sesekali save satu tempah especially kalau tempat tu ialah pendrive yang dijangkiti virus merbahaya. 

5. Semak plagiarism
Make sure sebelum print report tu, semak plagiarism guna turnitin atau sewaktu dengannya. Apa saja yang kau rasa mudah. Kalau turnitin tu perlukan ID dan ID-nya kena minta dari advisor atau mana-mana lecturer yang ada akaun turnitin. Mostly lecturer UiTM akan ada ID tu. Tanpa ID memang tak dapat mimpi la kau nak semak. Hehe. So, boleh la search apa-apa saja web yang boleh semak plagiarism. Kena pastikan juga plagiarism tidak melebihi 30% (maknanya 30% dan kebawah sahaja diterima) Kalau lebih dari tu, kena edit balik. Jangan la main sedap copy paste journal orang je ye, edit la ayat sendiri sikit bagi nampak macam kau pro *even hakikatnya -.- Right click je cari sinonim. 

6. Submit dalam tangan lecturer.
Seelok-eloknya kalau nak submit final draf which is hardcover, submit ke tangan lecturer itu sendiri. Bukan main kirim kat kawan, letak dalam peti surat, letak celah pintu dan sebagainya. Jumpa lecturer itu, bagi dalam tangan dia dan jangan lupa, ucap terima kasih atas segala tunjuk ajar serta minta maaf untuk segala kekurangan atau salah silap sepanjang perjumpaan dengan beliau. Bukankah lebih berkat cenggitu? Tok guru tu weh, kalau kau tak suka dia sekalipun, masih lagi kena hormat. Jangan la letak dalam peti dia ja then mesej apa pun tidak. Sangat tak proper plus andai kata thesis itu tidak sampai ke tangan beliau, maka kau harusssss ulang ulang ulang ulang ulang *bergema. Dah hilang semangat konvo. Sedih ye sedih.

That's all from me. Jika ada diantara kalian yang memerlukan sebarang pertolongan, boleh la contact aku di facebook dan sebagainya especially kalau nak tanya pasal result SPSS ke apa. Tak semua orang tahu nak interpret result SPSS kan? *lagi sekali, tiup bahu kiri kanan. Jangan malu jangan segan contact atau just send me result tu and I will try to help you. In shaa Allah. Aku ni kekadang nampak je garang tapi alhamdulillah 23 tahun hidup tak pernah la makan manusia lagi. Jadi, adik-adik yang bakal menjalani research tak lama lagi, good luck dan semoga dipermudahkan. Aamin.. :)

6 comments:

  1. terima kasih bagi tips....skrg tgh pk nk buat thesis.pk 2 kali nk buat SPSS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah pun. Kena explore je. Good luck :)

      Delete
  2. kenapalah fb page dh x available tah =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fb: Rian Azianti

      available lagi kat link atas ni :')

      Delete
  3. assalam. boleh saya share tip ni di pascasiswazah.com ?

    ReplyDelete