Sunday, April 16, 2017

Permulaan Karier Sebagai HR

06.02.2017 bermula karier aku sebagai HR. Memang bertetapan dengan major aku masa belajar di universiti dulu. Jujur aku cakap, tak mudah nak dapat kerja. Tak mudah tapi kena sabar. Rezeki Allah nak bagi luas, cepat atau lambat je. Bagi situasi aku, macam sangat jugak nak dapat kerja tetap. 25.05.2015 konvo, 2016 kerja admin assistant kontrak kat Perodua, 2017 dapat kerja HR. So, yang rasa dah hampir setahun konvo belum dapat kerja, SABAR. 

Ada beberapa kawan DM tanya dapat kerja melalui mana? Jobstreet? Email? Walk In? 

Aku dapat kerja ni melalui Jobstreet & email. Macam mana tu? Aku cari kerja melalui Jobstreet, survey company okay ke tak, tempat kerja selesa or tak (ni aku lah, tak semua orang kisah), skop kerja, then google apa yang perlu. Aku cari je semua maklumat tentang kilang dalam google then jumpa website dia. Aku download borang permohonan, isi then scan semula and emailkan ke company berkenaan. Dah settle email, aku apply pula melalui jobstreet.

Haa!  masa email tu make sure buat mukadimah sikit, tulis kenapa kita berminat nak kerja dengan company tu. Tulis adakah "experience" atau "course" kat universiti tu yang membuatkan kita kuat atau berminat kerja di situ. Tulis expected salary (penting) tapi make sure jangan melampau-lampau. Biar humble je, dalam RM2000 or RM2500 tu macam okay. Tulis terima kasih jangan lupa! Biar kita nampak rendah diri sikit takpe, jangan riak takbur sangat.

Lastly, selalu lah check email. Dari pengalaman aku... ada 2 ke 3 interview yang aku tak pergi sebab tak check email and tak tahu apa-apa. Ada sesetengah company reply melalui email. Macam company yang aku kerja ni, diaorang call terus. Masa aku apply kerja hari tu, bos sendiri call sebab dia kata dia excited baca email aku. Lengkap and kemas katanya. Katanyaaaa, bukan aku yang kata okay? Apa yang aku tulis? Baca point kat atas and buat ayat sendiri. Tips penting, kalau apply company or kilang, tulis menggunakan bahasa inggeris lebih baik. Sekian.

-akuyangdulubukanlahyangsekarang-

No comments:

Post a Comment