Saturday, October 3, 2015

Review: Butae Super Oil Control Powder

Bedak Butae sekarang ni makin famous rasanya. Rata-rata nampak ada je instashop atau facebook yang jual bedak ni. Kalau sebelum ni aku guna bedak Miyami dan Avon je, tapi sekarang semestinya aku akan memilih bedak Butae pada ranking tertinggi. Maknanya di sini, bagi aku Bedak Butae ni sangat sangat sangat best dan berkesan. Sebelum ni aku jarang nak pakai bedak yang tak pernah dengar. Bila baca pasal bedak Butae ni ada oil control and muka aku sangat cepat berminyak kalau keluar mana-mana especially cuaca panas. Minyak sampai berkilat lah senang cerita.

One day, aku rasa nak cuba bedak Butae yang semua orang cakap best tu. Best cemana kan? Aku pun beli tiga untuk mama and kakak sekali. Sampai je, aku terus buka and tahu tak, bau bedak Butae ni wangi yang amat! First impression dah buat aku rasa seronok. Jarang jumpa bedak compact wangi cemni sebab selalunya biasa je bau. The next day, aku nak meronda Sp (balik cuti), semangat gilaaa first time nak pakai bedak Butae. Okay, aku admit memang bedak ni the best! Seharian keluar pun muka tak berminyak dan bedak langsung tak bercapuk. Maintain je. Tu baru sapu sikit sebab sayang nak pakai banyak-banyak.

Maka, disebabkan bedak Butae ni betul-betul oil control, aku suggest kepada yang muka cepat berminyak macam aku, boleh cuba dan tengok hasil cemana. Confirm puas hati. Apply sikit pun dan nampak elok, kalau pakai foundation dulu and then apply bedak ni mesti lagi cantik. Untuk yang tak biasa pakai foundation pun takpa, pakai bedak terus pun dah elok. Kiranya apa aku boleh cakap, walaupun harga dia murah tapi setanding kualiti bedak yang mahal. Aku ni susah nak pakai bedak lain sebab akan naik jerawat tapi syukur alhamdulillah bedak Butae ni sesuai dengan kulit sekaligus rawat kulit. Takda minyak, takda jerawat. Jerawat tumbuh kalau muka terlampau berminyak. Jadi, aku syorkan sangat, cubalah bedak Butae ni. Mesti rasa puas hati.

Haaaaa, lagi satu aku suka bedak Butae ni sebab packaging dia comel je. Kecil and senang muat dalam beg tangan, beg mekap and poket. Tak makan space! Haha. Kalau benda comel-comel ni memang suka sangat. Senang! Kat bekas dah ada cermin siap-siap. See, walaupun kecil tapi lengkap. Jadi untuk bedak Butae ni, boleh bagi lima bintang. Aku tak nak sembang banyak sebab ni hanyalah review berdasarkan pengalaman. Kalau ada yang berminat nak cuba, boleh je dapatkan kat memana kedai atau beli online je. Sekian :)

p/s: gambar hakmilik, mohon jangan ambil ye ;)

16 comments:

  1. Hai sayang..
    jom dapatkan bedak butae' dengan harga RM10
    wa : 0139412360
    ig : eqaon9shop
    fb page : eqaon9shop
    blog : nursyafiqahzahit90.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hai sayang..
    jom dapatkan bedak butae' dengan harga RM10
    wa : 0139412360
    ig : eqaon9shop
    fb page : eqaon9shop
    blog : nursyafiqahzahit90.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Sy br beli td..sblm ni pkai bdk arab..cara pkai cmne yea..perlu bshkn dulu spannye atau trus sapu je kat muka..tp.serius comey bdk ni..sng bwk mne2..siap cermin..mohon pncerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takyah basahkan span awak. Kalau nak pakai foundation, boleh apply foundation dulu. Lepas tu pakai bedak ni. Kalau pakai tebal sikit pun, sampai petang still maintain cun. :D

      Delete
  4. Sy br beli td..sblm ni pkai bdk arab..cara pkai cmne yea..perlu bshkn dulu spannye atau trus sapu je kat muka..tp.serius comey bdk ni..sng bwk mne2..siap cermin..mohon pncerahan..

    ReplyDelete
  5. Sis, macam menarik tapi boleh sis tlg tengok2kan ingredientnya tak? Halal tak sis? tq

    ReplyDelete
  6. Sis, macam menarik tapi boleh sis tlg tengok2kan ingredientnya tak? Halal tak sis? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayanggg, ingredient tak reti nak baca sebab tulisan Thailand. Haha.

      Delete
  7. Sis klu berpeluh x cair atau bercapuk ka???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, tapi bergantung pada foundation. Kalau jenis cair nipis foundation tu, bila peluh dengan bedak pun hilang.

      Delete
  8. Ingin mencari stok butae boleh hubungi 0145188999

    ReplyDelete
  9. bawah 15 tahun boleh pakai tak sis mohon bls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je dear. Rasanya bedak compact takde masalah :)

      Delete
  10. Hai!saya penjual bedak butae. Rm10 sahaja! Boleh ke ig saya farzlyna mustafar atau whatsapp 0195023493

    ReplyDelete