Monday, September 7, 2015

Skincare Berpatutan Terbaik!

Haaaa tajuk macam menarik kan? Tapi entry takdalah menarik pun. Aku ni macam biasalah berleter memanjang tu dah macam satu kewajipan. Bila bercakap pasal skincare, actually dah banyak jenis aku cuba. BANYAK. Bukan sepuluh tapi berpuluh-puluh sejak tingkatan dua. See, tingkatan dua pun dah tergedik-gedik nak guna skincare padahal masa tu kulit takda lah buruk mana pun cuma sunburn je sebab kena paksa kawad rumah sukan. Cis. Benci tau.

Ada skincare yang okay, ada yang tak okay, ada yang sangat tidak okay dan ada yang the best. Muka aku pun tak licin langsung jadi malas lah aku nak nasihat orang apa boleh pakai, apa tak boleh pakai sebab kulit manusia ni lain-lain. Ada orang sesuai, ada orang tak okay. Kan? Ni aku just cerita serba sedikit berdasarkan pengalaman aku. Sekali lagi aku tekankan, kulit manusia tak sama. Jadi, apa aku tulis tidak seratus peratus betul. Okay?

First.
Untuk usia remaja (sekolah menengah) aku syorkan pakai Fair and Lovely atau Garnier yang warna kuning tu. Tak payah la adik-adik nak pakai skincare yang mahal gedebuk gedebak minta duit mak ayah sampai beratus-ratus. Masa ni muka bukan banyak jerawat sangat kot. Takat hitam sebab sunburn perhimpunan atau kawad tu biasalah. Hitam hitam manis. Okay apa? Not bad pun. Kalau dah ada boyfriend zaman sekolah ni pun dia terima punya. Selalunya cinta zaman sekolah ni cinta buta. Takda problem lah.

Second.
Dah dewasa (18 tahun ke atas) time ni boleh la cuba macam-macam sikit. HEHE *gelak sinis* Sejujurnya bila masuk universiti, macam-macam produk aku cuba sejak ada duit PTPTN. -.-" Aku cuba Simply Siti warna hijau (tak menjadi), SKINZ (tak menjadi), Nour Ain (boleh tahan menjadi), Nano White (boleh tahan menjadi), Garnier (zaman muda-muda menjadi, now kurang), Clearskin Avon (muka jadi kering sangatttt), Nano White Fresh (kalau nak kulit cerah, sangat bagus), Good Virtues.Co (Produk terbaru, tapi untuk kulit aku, tak menjadi).... Blablabla *kalau nak list-kan sampai esok pun tak habis*

Third.
Jadi nak tau produk apa terbaik?
Safi Balqis. Tak kisah apa sahaja jenis produk keluaran Safi, sangatlah terbaik especially Safi Balqis White Trilogy. Tak pernah la aku pakai skincare dalam tempoh masa yang lama sebab aku suka sangat tukar. Tapi Safi Balqis White Trilogy adalah salah satu skincare yang aku pakai lama. Lama sangat. Segala macam benda aku pakai kekadang tak luak langsung pun. Baru pakai dua tiga kali dah rosak muka. Stop terus, tukar yang lain pulak. Pakai tak menjadi, tukar lagi.

But now, sebab usia aku pun dah meningkat, aku pakai Skincare Nutox. Memang sesuai sangat dengan kulit. Tak pakai satu set pun. Cuma mula-mula guna pencuci muka and toner. Dah agak macam okay, baru beli serum. So far, memang rasa macam okay. Parut jerawat pun dah kurang. Kalau naik jerawat time datang bulan tu, mohon jangan salahkan produk lah weh. Tu masalah hormon sendiri yang tak stabil. Jadi, aku suggestkan bagi usia 24 ke atas, boleh la berjinak-jinak cuba Nutox kalau nak awet muda selalu. Hehe :D

Akhir sekali, cubalah untuk setia. Peringatan ini bukan untuk orang lain sahaja tapi untuk diri sendiri juga. Aku dah serik tukar-tukar produk sebenarnya tapi dah namanya hobi, pelan-pelan kena berubah. Kesimpulannya di sini, skincare yang berpatutan dan bagus semestinya Safi Balqis White Trilogy dan Nano White Fresh. Dah agak berusia tu, Nutox memang terbaik. Ada idea lain? Boleh kongsi atau private message di facebook Rian Azianti. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment