Saturday, July 25, 2015

14 July 2015

Syukur alhamdulillah.
Genap usia aku 23 tahun. Orang tanya seronok tak semakin tua? Ke seronok masa muda? Bagi aku, lagi tua lagi seronok sebab lagi rasa macam boleh kahwin cepat. Gila punya gatal kan. Kerja pun belum. Aduh, aku harap sangat tahun ni last year aku menganggur, serious bosan weh. Memang la nampak seronok goyang kaki kat rumah tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. Perasaan ni macam meronta-ronta je nak kerja. Boring.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat mama abah yang lahirkan dan besarkan aku sampai sebesar ni, kakak yang menjadi sumber kewangan aku tatkala menjadi penganggur sepenuh masa dan kekasih hati yang tak pernah bosan melayan kerenah aku sepanjang perkenalan ini. Terima kasih banyak-banyak untuk hadiah dari mama abah kakak dan kekasih. Tak lupa juga kepada saudara-mara yang lain and kengkawan yang tak lupa wish birthday kat facebook, whatsapp dan sebagainya. Thanks atas doa-doa kalian *mengalir air mata*

Untuk diri aku sendiri, aku doakan semoga panjangkan umur aku dan orang-orang yang aku sayang, dimurahkan rezeki, dapat kerja, cepat kurus dan slim macam model, cepat kahwin, semakin cantik, cun, comel dan menawan. In shaa Allah aamin... Semoga kita jumpa lagi di next entry. Doakan juga aku rajin menaip ya. Terima kasih sebab keep support even blog ni kekadang macam rumah usang yang seekers terjah tu. Lama sangat tinggal. Hehe. Okay bye.

Terima kasih mama abah kakak bagi duit birthday + + kad birthday + duit raya. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih kekasih hadiahkan saya jersey ada nama and pashmina + kad birthday + belanja makan. Alhamdulillah.

Thanks!!! 

No comments:

Post a Comment