Friday, January 23, 2015

Rumah Sewa Berdekatan UiTM Arau, Perlis

Kepada sesiapa yang nak cari rumah sewa (student perempuan sahaja) area UiTM Arau, Perlis boleh la singgah baca entry ini dulu. Sebenarnya asal usul ini adalah rumah sewa aku masa belajar kat sana dulu, disebabkan aku dah habis.. maka ada lagi kekosongan untuk dua orang. For your information, sepanjang aku kat rumah ni, alhamdulillah sebab bagi aku ni la rumah paling selesa aku duduki selama ni. Bukan nak buat jejak kasih dengan rumah ke apa, tapi serius.. aku rindu bilik aku ala-ala princess giteww. Nanti rajin aku tayang sikit. 

Okay, back to the topic. Rumah ni kosong untuk dua orang pelajar wanita sahaja. Yang bestnyaaa sebab satu bilik sorang dengan harga RM160 (seorang). Mana nak dapat weh, harga murah then duduk satu bilik seorang diri. Heaven kau nak buat apa pun, buat asalkan tidak melanggar hukum agama. Masa aku duduk situ, dalam bilik juga lah aku letak tempat air panas sebab aku memang pemalas nak keluar bilik. Balik kelas masuk bilik, time makan keluar then masuk tidur. Yes, memang hidup aku dulu empty, tapi alhamdulillah sebab ada tempat tinggal yang selesa. Syukur sangat.

For your information, setiap bilik tuan rumah provide dia buah almari, katil beserta tilam. Kalau duduk situ, kau bawa diri... bantal and baju. Tu je? Tak cukup selesa lagi ke? Kelengkapan dalam rumah fully-furnished siap televisyen, peti sejuk, dapur and bla bla bla semua ada. Kekadang korang tak payah la tanya soalan tak enak didengari macam "sofa ada?" haishh. Nak buat apa la sofa sofa bagai. Bukannya nak duduk family pun gelak-gelak kat sofa depan televisyen. Aku berani jamin la, tak sempat pun nak letak bontot kat sofa. Asal balik je, for sure cari katil. Kan?

Nak dijadikan lagi seronok, bagi sesiapa yang tidak memiliki sebarang kenderaan nak ke kuliah, bas uitm akan stop betul-betul simpang jalan tepi rumah tu. Maknanya di sini, kalau duduk dalam rumah pun boleh nampak bas. Bukan lalu je tapi di situlah bas uitm akan berhenti ambil and hantar pelajar. Takda masalah langsung la bab kenderaan. Tak payah fikir nak pergi kelas dengan apa ka apa ka. Senang kan? Yes, sebab memang strategik.

Lagi satu haaaa, kedudukan rumah sangatlah dekat dengan kedai makan, kedai topup, cybercafe, kedai fotostet, pasaraya dan lain-lain kedai. Jalan kaki je tup tup sampai. Memang dikatakan tempat yang selamat. Sejujurnya sepanjang belajar di sana, saya sendiri pun tak mau duduk rumah kampung sebab risau sunyi and bahaya penyamun banyak. Dah la jauh dari family. Jadi, kalau ada yang berminat, maka boleh la menghubungi sahabat saya yang masih bermaustatin di situ.

Rumah teres (2 bilik available - satu bilik sorang)
RM 160.00 seorang 
Rumah lengkap perabot dan kedudukan yang sangat strategik.
Berminat? Hubungi Wanie- 017- 460 2366 (wassap ke sms ke call ke, dia tak kisah)

Terima kasih.

4 comments:

  1. Assalam sis...rumah sewa yg sis cakap tu available lg x skrg ? Ke mamane ?
    Bh sy nk alamat ?
    Sy baru dpt kputusn kemasukn degree jd tgh mcari la rmh sewa area uitm arau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencari housemate di kawasan perumahan berdekatan uitm arau..014-7560065

      Delete
  2. Wasalam adik. Kakrian dah lama habis study situ. Rumah tu di Taman Sri Wang. Kalau adik nak cari rumah, akak syorkan try survey area taman sri wang. Bole cuba tengok kat mudah.my :)

    ReplyDelete
  3. Salam..rumah sewa padang nyu kekosongan.perempuan shj. Kemasukan oktober 2016. Berhadapan gate A uitm,dekt jln ke sek voksional arau. Tel: 011-37203711(Pn.Fadzilah) call,msge,wsap

    ReplyDelete