Saturday, January 31, 2015

Blackwood

Blackwood ni bagi aku one of the place yang sediakan western food tiptop dengan harga yang... aku pun tak pasti nak bagitau cemana sebab lain orang lain pendapatan. HAHA. Kalau kaya, mesti cakap murah, kalau yang tak berapa nak kaya akan cakap mahal. Aku cakap muhal "murahmahal" means aku tak berada di pihak mana-mana tapi aku yakin memang sedap! Kalau mahal pun berbaloi la sebab sedap melainkan kau pergi restoran mahal tak sedap. Apa citaaaa kan.

Aku grab opportunity nak kongsi dengan semorang tentang makanan yang super sedap kat Blackwood. Kalau pergi, dah masuk, dah duduk tapi tak order memang confirm rugi. Serius rugi. Bila masuk blackwood, of course apa yang aku boleh puji ialah service terbaik. Tak sempat letak bontot atas kerusi pun kekadang dia dah buka menu kat kita. Macam terlebih baik pula kan? Takpa la. Aku suka orang layan aku gitu as long as masa tengah selak selak menu dia tak berdiri tegak sebelah tu. Lemassss -.-"

Let me begin dengan gambar makanan yang di order pada tempoh hari. Ayat bahasa melayu cemerlang sangat. :) Lepas tu kan kan kan... aku saja nak "large" kan gambar ni supaya semua orang rasa teringin and cepat-cepat siap pergi Blackwood nak grab makanan-makanan sedap gini. Psssttt, bukan dalam gambar je nampak sedap sebab memang realiti dia pun ohsem. Ada makanan dalam menu tu sampai tergeliat lidah nak sebut, punyalahh omputihnya nama.


Raspberry Cheese Cake


Virgin Mojito and Strwaberry (Mojito sebutan Mohito)


Potato Salad. Nampak je macam muak tapi sedap!


Tuna Croissant


Nasi Goreng Thai King Prawn *ni yang aku ingat, tapi rasanya nama dia lain skit*


Salmon Smoked Spaghetti

See, nampak sedap kan? Memang sedap pun. Paling terbaikkkk and sedap antara semua ni of course Salmon Smoked Spaghetti. Memang sedap tak terkata dan kuantiti yang sangat banyak sejajar dengan harga. Memang berbaloi la cerita diaaa. Blackwood lain aku tak berapa pasti la keadaan macam mana. Tapi Blackwood Kangar memang cun dan menarik gilaaa decoration dia sampai dijadikan tempat shoot pengantin. Haishhh. Kalau nak betul-betul sedap, Blackwood Arau sangat sedap. Next, kat Sungai Petani aku tak pernah makan, masuk minum kopi je. -.-

Tunggu apa lagi? Jap lagi encik somi balik kerja bodek-bodek je la kata hensem walaupun basah kuyup peluh. Then, ajak makan kat Blackwood. Harus cuba ya, harus!! Entry ni tak berbayar satu sen pun, jadi nampak sangat yang aku jujur dalam setiap baris penulisan. Pedih ni haaa jari menaip. Kalau tak percaya juga, tak tau la nak kata macam mana. Okay, that's all. Banyakkk lagi benda nak kena buat, terima kasih baca. Bye. Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment