Wednesday, July 10, 2013

Bedak Sejuk Tanaka

Masa mula-mula dengar macam tak berani nak pakai. Apetah lagi bila produk yang takde tulis tulisan melayu or english, lagi la rasa scary sebab takut rosak kulit wajah. Err. Then, selalu pula dengar orang cuba. Macam nak pula try kan.. Mane tahu kalau-kalau bagus dan boleh hilangkan jerawat yang subur ni and parut jerawat bagai. Teringin. Okay, seriously.

Lepas tu ambil keputusan nak cuba bekas kecik dulu. At least kalau tak okay pun, takde lah rugi duit sangat. Yup, now I'm using bedak sejuk Tanaka. Baru berjinak-jinak nak mencuba sesuatu yang baru. And yes!! Ianya selesa. Takde rasa gatal-gatal macam bedak sejuk lain. Actually, saya ni paling lemah bab bedak sejuk. Kalau pakai je mesti garu sana sini. Gatal kot. -.-" Tapi yang ni the best, dah la wangi lime and then, bila pakai je rasa selesa sangat especially kalau pakai sebelum tidur.

For your information, bedak sejuk Tanaka ni original dari Myanmar, ada 4 jenis, lemon (hijau), rose (pink), jasmine (putih) dan natural (cream) tapi saya prefer lemon sebab bau dia sangat menyenangkan. Bedak sejuk Tanaka juga seratus peratus organik dan semula jadi. Yeahhh, jadi tak perlu ragu-ragu. :) Bedak ni sesuai untuk semua jenis kulit tak kiralah berjerawat, sensitif, normal atau berminyak dan boleh digunakan untuk lelaki dan wanita tak kira dewasa atau kanak-kanak. Tak bahaya pun.


Kebaikan Bedak Sejuk Tanaka
1. Boleh mengecut dan menghapuskan jerawat. Tapi take time la, takde pakai je lepas tu lima minit terus hilang. Itu bukan bedak ye, itu magik -.-
2. Melindungi dari sinaran uv matahari.
3. Memberi kesegaran pada kulit especially time bangun pagi.
4. Mengurangkan kadar pengeluaran minyak. Muka saya ni, rasanya kalau perah minyak kat muka and masukkan dalam tangki minyak kereta, for sure boleh sampai Johor. Banyak okay -.-"
5. Boleh melembutkan dan menghaluskan kulit.
6. Mencerahkan kulit. In shaa Allah.
7. Menghilangkan jeragat dan parut jerawat.
8. Selain bedak sejuk, boleh juga dijadikan sebagai bedak asas (foundation)
9. Boleh juga digunakan di muka dan badan.
10. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Cara nak guna sebagai pedak sejuk:
-Basahkan jari and ambil sedikit bedak tanaka, then campurkan dengan sedikit air (jangan terlalu cair atau pekat) and sapu di seluruh wajah. Sesuai digunakan sebelum tidur.

Cara guna sebagai foundation:
-Sapu bedak tanaka secara nipis ke seluruh wajah dengan menggunakan tangan atau better pakai span muka. Renjiskan sedikit air kat wajah untuk sapu dengan lebih licin dan nipis.

Harga pun sangat berpatutan dan boleh dapatkan segera melalui laman online atau kedai kosmetik dan sebagainya berdekatan anda. Jangan pm, saya tak jual pun okay, just promote je. Terbaik :)

Nota ringkas: You should try then you will know the secret of beauty. Jeng jeng ^^