Tuesday, January 29, 2013

Safi Balqis Perfect 10


Tadaaaa! Now saya berjinak-jinak untuk cuba produk Safi Balqis Perfect 10 dengan harapan akan menjadi secantik Shila Amzah. Ahaaa -.-" Tak tahu boleh ke tak. Tapi ni la jalan terbaik untuk ikhtiar. Kan? Tolong bagi moral support sikit. Tapi sejak seminggu lebih guna ni, nampak gayanya macam ada perubahan. Dah tak ada jerawat pasir kat atas dahi semua tu. Kalau tumbuh sekalipun, cuma jerawat yang sebiji-sebiji tu. Biasalah, hormon wanita tak stabil. Hehe.

Apa yang best tentang produk Safi Balqis Perfect 10 ni sebab pembersih muka dengan kawalan minyak tu lembut sangat. Means bila time kita cuci muka and bilas dengan air, akan rasa lembut and selesa. Takda rasa pedih atau kulit melupas. Memang takda langsung. Selamat dan suci :)

#copypaste.
Pembersih Muka Kawalan Minyak Safi Balqia Perfect 10 dengan Formulasi Nano Biowhite & Q10 membantu mencegah bakteria punca wajah berjerawat serta mencerah dan menyamaratakan tona kulit dengan lebih efektif melalui 10 tindakan lengkap yang menjadikan kulit halus, mulus, cerah sempurna dalam hanya 2 minggu.

10 Tindakan Lengkap:
-Membuka pori
-Membersih dengan mendalam
-Menanggalkan lebihan minyak
- Melindungi dari sinar UV
-Mencerahkan kulit
-Meningkatkan keelastikan kulit
-Mengekalkan lembapan
-Menghidatkan kulit
-Menghaluskan kulit
-Melembutkan kulit.

Kalau toner atau penyegar Safi Balqis Perfect 10 ni pun sesuai digunakan lepas cuci muka atau masa nak buang make up dan toner ni wangi sangat-sangat. Sebotol pun boleh tahan lama. Seriously, bagi saya toner ni best untuk digunakan berbanding dengan jenama atau produk lain.

#copypaste.
Gunakan penyegar sebagai persediaan untuk kulit wajah menerima rawatan seterusnya. Penyegar Safi Balqis Perfect 10 dengan Formulasi Nano Biowhite & Q10 tanpa alkohol, mencerah sambil mengetatkan pori pada wajah melalui 10 tindakan lengkap yang menjadikan kulit halus, mulus dan cerah sempurna dalam hanya 2 minggu.

10 Tindakan Lengkap:
-Menanggalkan sisa kotoran
-Mengetatkan pori
-Meningkatkan penyerapan
-Menyegarkan kulit
-Melindungi dari sinar UV
-Menyamaratakan tona kulit
-Mencerahkan kulit
-Meningkatkan keelastikan kulit
-Mengekalkan lembapan
-Menghaluskan kulit

Next Krim Kecantikan Safi Balqis Perfect 10. Sesuai pakai time nak keluar memane sebagai alas make up. Tak berminyak dan boleh menghilangkan parut jerawat, jeragat and so on *segala parut mak tok nenek yang ada*. Bertindak untuk melembutkan dan mencerahkan kulit wajah. Kalau takat nak keluar dekat-dekat tu, tak payah pakai bedak pun takpe. Sapu je krim ni, lebih bagus :)

Lastly, Krim Pelembap Siang SPF 15 Safi Balqis Perfect 10. Krim ni sesuai digunakan lepas dah cuci muka. Of course la guna waktu siang kan dah nama pun krim pelembap siang. -.-" Sapu pada seluruh kulit wajah. Lepas tu, maybe rasa kulit macam lembap mengeluarkan air tapi dah lama-lama akan rasa selesa sebab kulit wajah tak kering. Krim ni juga membantu untuk memberi lembapan dan mencerahkan kulit. Krim malam takde lagi. Nanti dah ada, baru boleh update sebab tulis atau cakap kena berpandukan pengalaman atau fakta. Kan?

Sebagai konklusi, semenjak menggunakan produk Safi Balqis Perfect 10 ni, saya tak mengalami apa-apa masalah langsung sama ada gatal pada kulit wajah, melupas dan sebagainya. Takda langsung. Yang ada hanyalah perubahan ke arah positif iaitu kulit semakin cerah walaupun belum sampai tahap cantik macam Shila Amzah tu. Hiks :p Mengada betul. Produk-produk ni juga semuanya wangi-wangi and yang paling penting selamat dan suci. Seratus peratus halal. :)

Nota ringkas: Feel free untuk bertanya sebab saya memang suka menjawab. Hukhuk. *batuk*